Teruskan istiqomah beli produk BMF

0
232
Antara produk edaran usahawan Muslim yang terdapat di Raudhah Grocer, Malakat Mall

CYBERJAYA – Umat Islam digesa terus istiqomah dengan terus membeli produk keluaran dan edaran usahawan Muslim bagi menjayakan kebangkitan ekonomi Islam.

Naib Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohd. Noor Izzat Johari berkata, ini kerana kempen Beli Barangan Buatan Muslim atau BMF sudah semakin menunjukkan kejayaan sejak dilancarkan tahun lalu.

“Wahai pejuang BMF, teruskan istiqomah. Jangan putus asa, terus fokus membeli produk Muslim.

“Jangan patah semangat kerana apa yang kita bina ini, adalah sebuah revolusi sejagat melalui kebangkitan ekonomi Islam. Kita sedang meniti kejayaan. Jauh di depan sudah mula nampak kejayaan tetapi lebih dekat kita kepada kejayaan, lebih besar lagi cabaran mendatang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Cikgu Izzat turut mengingatkan umat Islam supaya terus berdoa kepada Allah.

MOHD. NOR IZZAT MOHD. JOHARI

“Jangan dilupa senjata umat Islam iaitu doa Hanya dua perkara ini dapat membina kekuatan dalam diri, keluarga dan semua umat Islam.

“Terus mencari kedai Muslim. Belilah di kedai Muslim. Berikan semangat kepada mereka. Niatkan sebagai jihad ekonomi. Bayangkan satu juta umat Islam istiqomah, kita pastikan nampak kejayaan pada hujung tahun ini,” ujarnya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here