Tiada alasan, rakyat pulang dari luar negara ditempatkan di pusat kuarantin

0
89

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Setiap rakyat negara ini yang pulang dari luar negara sama ada melalui jalan udara, darat atau laut ke pintu masuk negara wajib menjalani proses kuarantin di pusat kurantin selama dua minggu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setakat semalam, sebanyak 163 pusat kuarantin telah beroperasi berbanding 156 pada hari sebelumnya di mana 12,359 individu telah menjalani proses kuarantin wajib.

“Semalam seramai 835 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dan telah pun dikuarantin secara wajib dan ingin mengulangi bahawa rakyat kita yang pulang dari luar negara dikuarantin secara wajib sama ada mereka pulang melalui jalan udara, darat atau laut yang akan dikuarantin di pintu-pintu masuk negara.

“Sebagai contoh pintu masuk antarabangsa melalui jalan darat di Padang Besar, Perlis; Bukit Kayu Hitam, Kedah dan jalan laut seperti Terminat Feri Stulang Laut, Johor atau Terminal Feri Sandakan, Sabah.

“Manakala melalui udara adalah Lapangan Terbang Antarbangsa KLIA 1 dan 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

“Ini bermakna sesiapa sahaja daripada pintu masuk mana sama ada laut udara atau darat, rakyat yang pulang tetap akan dikuarantin secara wajib selama 14 hari di pusat kuarantin,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here