Tiada bukti ubat tradisional berkesan rawat Covid-19

0
341

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan menegaskan penggunaan ubat tradisional bukan salah satu rawatan untuk pesakit positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan ubatan tradisional hanya digunakan sebagai penyembuhan yang baik.

“Isu mengenai penggunaan ubat tradisional, ia bukan satu rawatan ia hanya komplementari iaitu bagi penyembuhan yang baik.

“Untuk rawatan Covid-19 masih belum ada rawatan,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai cadangan rawatan menggunakan herba tradisional Cina dan Melayu bagi merawat Covid-19.

Dalam pada itu, mengulas lebih lanjut, beliau berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan bersama pakar perubatan dari China bagi merawat Covid-19.

Beliau berkata, pakar berkenaan akan membantu negara dari segi berkongsi pengalaman dan cara terbaik mengendali kes Covid-19 supaya kesilapan yang dilakukan mereka sebelum ini tidak berulang.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here