Tiada jangkitan kedua Covid-19 di Malaysia

0
111

CYBERJAYA- Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan tiada pesakit yang pulih dan dibenarkan discaj kembali positif Covid-19 di Malaysia.

Namun begitu katanya, risiko untuk pesakit yang telah pulih untuk dijangkiti semula oleh Covid-19 tetap ada dan mereka dinasihatkan ambil langkah pencegahan dan jaga kebersihan.

“Kita sedia maklum bahawa antibodi IgM atau IgG tidak dapat lindungi pesakit yang telah pulih daridapa dijagkiti Covid-19 buat kali kedua. Setakat ini, tiada bukti mereka akan dilindungi daripada jangkitan kedua, besar kemungkinan boleh dijangkiti.

“Sebab itu, sebelum pesakit dibenarkan pulang, mereka akan diberikan kaunseling perlindungan diri dan mengelak dijangkiti semula,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here