Tiada kajian saintifik makanan tradisional, suplemen mampu halang Covid-19

0
161

SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Belum ada sebarang kajian saintifik yang dapat membuktikan mana-mana jenis makanan atau perubatan tradisional mampu menghalang jangkitan virus Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terlalu banyak dakwaan dan testimoni yang menyatakan pengambilan sesuatu jenis makanan suplemen atau amalan perubatan tertentu mampu menyembuhkan jangkitan.

“Terima kasih atas keprihatinan
sesetengah pihak dalam berkongsi maklumat berkaitan pemakanan
sihat bagi melawan virus SARS-CoV-2 dan jangkitan wabak Covid-19.

“Namun bagi memastikan tubuh mampu melawan penyakit dengan baik, pastikan setiap hidangan makanan yang diambil adalah sihat, seimbang dan pelbagai,” katanya pada sidang akhbar khas Covid-19 hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Noor Hisham berkata, terdapat tiga amalan pemakanan sihat yang perlu diamalkan termasuk pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan segar dan minum air kosong sebanyak lapan gelas sehari.

“Selain itu, pastikan setiap hidangan makanan yang diambil mengandungi sumber karbohidrat seperti nasi, roti, mi dan sumber protein seperti ayam, ikan, daging serta kekacang,” katanya.

Disamping itu kata beliau, KKM berharap semua pihak mengambil langkah-langkah kesihatan lain
seperti kerap cuci tangan dengan sabun dan mengamalkan jarak sosial.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here