Tiada kematian akibat Covid-19 di PPR Harmoni, Sandakan

0
192
Kematian salah seorang penduduk yang dipercayai akibat Covid-19 baru-baru ini disahkan tidak benar. Gambar SabahPost

KOTA KINABALU – Berita kematian akibat wabak Covid-19 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Harmoni, Sandakan, yang tular dalam aplikasi WhatsApp baru-baru ini adalah tidak benar.

Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr. Christina Rundi dalam kenyataan hari ini menafikan berita itu dan meminta orang ramai berhenti menyebar kandungan berita palsu itu kerana kematian tidak berpunca daripada wabak berkenaan.

“Berita yang tular menerusi aplikasi Whatsapp berkenaan kematian akibat wabak Covid-19 di PPR tersebut adalah tidak benar,” katanya.

Mengulas perkembangan Covid-19 di Sabah, Dr. Christina berkata, 13 kes baharu dilaporkan semalam, masing-masing lima kes di Kota Kinabalu; Kinabatangan (tiga kes); Penampang (dua kes) dan satu kes di Tuaran, Beaufort dan Kunak.

Jumlah itu menjadikan keseluruhan kes Covid-19 di negeri itu sebanyak 238 kes setakat semalam.

Menurutnya, seorang pesakit Covid-19 di Sabah telah sembuh, menjadikan kumulatif pesakit sembuh di negeri itu seramai 34 orang setakat 4 April.

Mengenai keperluan peralatan perlindungan diri (PPE), Dr. Christina berkata, penggunaan PPE di fasiliti kesihatan meningkat mendadak sejak kejadian penularan wabak Covid-19, dengan anggaran kira-kira 1,500 hingga 2,000 unit PPE digunakan di hospital setiap hari dan 3,000 unit di klinik kesihatan untuk tempoh sama. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here