Tiada lagi alasan keluar malam, operasi mesin ATM dihadkan

0
248

CYBERJAYA – Kerajaan memutuskan untuk menghadkan operasi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dari pukul 8 pagi hingga 8 malam berkuatkuasa serta merta.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya mendapat laporan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa segelintir rakyat keluar waktu malam dengan alasan mengeluarkan wang di mesin ATM kononnya berlaku kecemasan.

“Sehubungan itu mesyuarat hari ini telah membuat keputusan bahawa operasi mesin ATM adalah dihadkan dari pukul 8 pagi hingga 8 malam. 

“Tiada lagi alasan keluar tengah malam untuk pergi mengeluarkan wang di mesin ATM,” katanya dalam sidang akhbar harian di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, dalam operasi sekatan jalan raya yang dilakukan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebanyak 820 sekatan dengan melibatkan 451,487 kenderaan diperiksa semalam.

Selain itu beliau berkata, PDRM telah menangkap 1,111 individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merangkumi 997 individu direman manakala 114 dibebaskan dengan jaminan polis.

“Jumlah tangkapan kumulatif yang ingkar PKP adalah 14,750 individu,” ujarnya.

Beliau berkata, pihak berkuasa juga telah melakukan 51,706 pemeriksaan mengejut dan sebanyak 5,861 premis telah diperiksa. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here