Tiada lagi caj RM1 di mesin ATM sepanjang PKP

0
137

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan hari ini memutuskan semua institusi perbankan akan mengecualikan caj RM1 bagi pengeluaran wang di semua mesin juruwang automatik ( ATM ) yang menggunakan rangkaian MEPS.

Menteri Pertahanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, pengecualian RM1 ini akan bermuka pada Isnin ini sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakasn (PKP).

Menurutnya, ia akan menggunakan ruang dan kemudahan kepada rakyat supaya menggunakan mesin ATM yang disediakan dan tidak lagi perlu berpusu-pusu mendapatkan perkhidmatan di kaunter bank.

“Bagaimanapun, orang ramai diharapkan tidak pula berpusu-pusu ke mesin ATM tetapi diharapkan mengekalkan penjarakan sosial.

“Keputusan ini dibuat susulan ramai pengguna masih menggunakan juruwang di kaunter bank kerana isu mesin ATM menggunakan caj setiap kali pengeluaran,” katanya.

Dalam pada itu, jelasnya lagi, dari segi pengurusan bank ini pihak kerajaan amat menggalakkan supaya rakyat mengamalkan penggunaan perbankan dalam talian dari segi pengurusan kewangan, memindahkan wang dan sebagainya.

Katanya, jika boleh gunakan perbankan dalam talian yang telah pun disediakan oleh pihak bank.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here