‘Tiada lagi karipap inti oksigen Ramadan tahun ini’

0
356

MULAI esok, umat Islam di seluruh negara akan mula meraikan ketibaan bulan Ramadan.

Tempoh berpuasa selama sebulan ini, merupakan yang paling berlainan dari tahun-tahun sebelumnya, tatkala dunia berdepan dengan ancaman wabak Covid-19.

Dan sebentar tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah turut mengumumkan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang sepatutnya tamat tempoh pada 28 April nanti, sehingga ke 12 Mei.

Mungkin pada sesetengah individu, kemeriahan Ramadan kelihatan agak sugul dengan ketiadaan bazar jualan, solat berjemaah di masjid, majlis berbuka puasa, moreh, dan macam-macam lagi.

Tapi sebenarnya, ketahuilah, kita sendiri yang mencorakkan suasana dan situasi. Gunakan tempoh ini untuk meraikan kemuliaan Ramadan bersama keluarga.

Cakcibor ada berbual dengan rakan-rakan di media sosial, maklumlah, nak lepak sembang kat mamak macam biasa tak boleh kan.

Ada seorang kawan ni, jawapan dia kepada soalan yang diajukan agak unik.

Cakcibor bertanya, “Agaknya apakah yang akan dirindukan sekali pada bulan puasa ini?”

Dia menjawab, “Aku rasa, aku akan rindukan karipap inti oksigen nanti,” jawabnya.

Terkedu juga dapat jawapan sebegitu. Agak kelakar, tapi bila difikirkan semula dengan dalam, rakan Cakcibor membayangkan suasana bulan puasa kali ini pasti berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.

Suka atau tidak, kita kena terima dengan ‘norma baharu’ ini. Wabak Covid-19 merubah segalanya. Jadi, untuk meneruskan kelangsungan hidup, dan kewarasan minda, terimalah keadaan seadanya dan sesuaikanlah diri dengan keadaan.

Kesimpulannya, kita sendiri yang mencorakkan hidup kita ini, bukannya suasana.

Moga Ramadan kali ini memberi kita lebih peluang untuk mengenal diri kita dengan lebih mendalam.

Sendiri mau ingatlah…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here