Tiada siapa dapat mengubah kecuali umat Islam sendiri

0
1855

RAUDHAH CITY – Umat Islam perlu memainkan peranan masing-masing dalam mengubah ekosistem ekonomi kapitalis kepada ekonomi Islam yang lebih adil.

Pejuang ekonomi Islam, Mohd. Fadzil Hashim berkata, setiap umat Islam mempunyai kekuatan tersendiri dan bila disatukan barulah ia mampu mengoncang dunia,

“Jangan pernah terlintas di fikiran yang anda hanya rakyat biasa kerana daripada rakyat biasa inilah revolusi ekonomi pasti boleh berlaku asalkan kita sudi serta bersedia untuk bersama dalam perjuangan ini.

“Usah ditanya apa yang akan kita dapat daripada perjuangan ini tetapi tanya apa yang boleh kita beri,” katanya dalam hantaran akaun Facebook milik beliau hari ini.

Mohd. Fadzil juga mengajak umat Islam yang mempunyai pengikut dalam media sosial dan pakar strategi boleh menyumbangan idea ke arah iu.

“Bagi yang ada duit boleh mencarum mengikut kemampuan ekonomi masing-masing dan sekecil-kecil perjuangan ialah dengan kongsikan segala hantaran dan informasi mengenai Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) kepada lingkungan pengaruh anda,” ujarnya.

Selain itu beliau mengajak umat Islam berdoa semoga usaha KoPPIM mendapat reda dan dipermudahkan untuk mencapai matlamatnya demi sebuah ekosistem ekonomi Islam yang lebih adil demi mengembalikan hak serta maruah umat Islam.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai menjadi ahli KoPPIM serta sebahagian perjuangan ekonomi Islam boleh mendaftar di www.KoPPIM.com.my/daftar. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here