Timbalan Menteri Kesihatan, exco Perak didenda maksimum RM1,000

0
147
Gambar Razman (kiri) dan Dr. Noor Azmi (dua dari kiri) yang mencetuskan kemarahan orang ramai kerana melanggar PKP

GERIK – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali dijatuhi hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menghadiri satu jamuan dua minggu lepas.

Memetik laporan Bernama, turut dikenakan denda sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria serta 13 individu lain.

Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh menjatuhkan hukuman itu selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan masing-masing yang dibacakan secara serentak oleh jurubahasa mahkamah.

Kesemua mereka membayar denda itu.

Baru-baru ini, gambar kedua-dua orang kenamaan itu makan beramai-ramai di sebuah pusat tahfiz di Perak telah mencetuskan kemarahan orang ramai kerana melanggar PKP.

Berikutan itu, banyak pihak menggesa supaya tindakan tegas juga diambil kepada semua pihak tanpa mengira latar belakang mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here