
Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM
CYBERJAYA – Kerajaan bakal mengumumkan kelonggaran dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) kepada syarikat-syarikat kecil termasuk industri kecil dan sederhana (IKS) tidak lama lagi.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengumuman tersebut akan diikuti dengan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi setiap syarikat.
“Benar, syarikat-syarikat besar telah beroperasi
dan insya-Allah tunggulah pengumuman nanti.
“Kelonggaran-kelonggaran akan diberi juga kepada syarikat kecil tapi tunggulah pengumuman beserta SOP yang akan kita buat nanti,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.