Turki hantar bantuan kelengkapan perubatan ke Amerika Syarikat

0
183

ANKARA – Sebuah pesawat kargo Angkatan Tentera Turki yang membawa kelengkapan perubatan untuk memerangi wabak Covid-19 berlepas ke Amerika Syarikat (AS) semalam, lapor agensi berita Anadolu.

“Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Etimesgut/Ankara,” kata Kementerian Pertahanan Turki di Twitter dipetik Bernama hari ini.

Penghantaran peralatan seperti penutup hidung dan mulut, pelindung muka dan baju pelindung itu atas arahan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Sebelum ini, Turki sudah menghantar bantuan yang sama ke Sepanyol, Itali, Britain, Serbia, Kosovo, Bosnia dan Herzegovina, Macedonia Utara, Montenegro, Libya dan Somalia.

Korban akibat Covid-19 di AS melepasi 56,000 orang dengan jumlah jangkitan hampir sejuta. Jumlah itu merupakan dua pertiga daripada keseluruhan kematian di dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here