Ujian saringan Covid-19 ke atas penghantar makanan

0
148

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan melakukan ujian saringan Covid-19 ke atas para petugas penghantar makanan bagi membendung penularan wabak itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penghantar makanan boleh melakukan ujian saringan di klinik kesihatan atau klinik swasta.

“KKM akan jalankan ujian tersebut untuk pastikan mereka sihat dan tidak dijangkiti atau menjangkiti wabak Covid-19 semasa menghantar makanan,” katanya dalam sidang akhbar harian perkembangan Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Beliau sebelum itu ditanya sama ada terdapat jangkitan wabak tersebut dalam kalangan penghantar makanan seperti dilaporkan di negara-negara luar.

Menjawab soalan tersebut, Dr. Noor Hisham berkata, setakat ini tiada laporan berkaitan perkara tersebut.

Bagaimanapun beliau berkata, saringan itu perlu dilakukan dan jika benar-benar sihat barulah mereka dibenarkan menghantar makanan.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here