Usaha bantu Indonesia, Coach Fadzil kongsi impian sejak kecil

0
164
Mohd. Fadzil Hashim

RAUDHAH CITY- Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Brainy Bunch dan Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkongsi impian untuk membantu umat Islam di Indonesia keluar daripada belenggu kemiskinan.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, antara cita-cita yang tertanam di hati beliau sejak daripada kecil adalah untuk membina perniagaan dan membuka sebuah hospital di Indonesia.

“Saya nak jadi kaya, nak pergi ke Indonesia untuk buka kilang, hospital dan sekolah supaya dapat sediakan peluang pekerjaan dan bantu mereka keluar daripada kemiskinan.

“Itu niat saya sejak kecil. Belum dapat buat 100 peratus lagi tapi sedang ke arah itu insyallah,” katanya melalui siaran langsung Facebook ESQ 165 Malaysia, semalam.

Temubual bertajuk Kunci Kebangkitan Diri itu diadakan bersama pakar motivasi ESQ Indonesia, Dr. Ary Ginanjar Agustin.

Coach Fadzil berkata, sebahagian daripada impian itu mungkin dapat direalisasikan melalui pelaksanaan model ekonomi Islam yang telah dimulakan melalui pembukaan Malakat Mall di negara ini.

“Tidak semestinya menggunakan nama yang sama tetapi sistem atau konsep perniagaan seperti Malakat Mall itu dapat diperkenalkan di Indonesia.

“Jalinan kerjasama antara Malaysia-Indonesia ini mampu memberi saiz pasaran ekonomi dan peluang perniagaan yang cukup hebat.

“Jika kita ada gabungan ‘saudara’ kita di Indonesia dengan 300 juta, kita dapat membentuk kekuatan ekonomi yang luar biasa,” katanya.

Selain model berkonsepkan perniagaan Islam seperti Malakat Mall katanya, pihaknya juga bercadang memperkenalkan model koperasi pelaburan seperti Koperasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) di negara jiran itu.

“Kami sedang berusaha dengan rakan-rakan di Indonesia untuk menubuhkan Koperasi Pengguna Islam Indonesia (KoPI) seperti KoPPIM di negara ini.

“Melalui usaha ini kita harap dapat menyatukan kuasa pembelian umat Islam untuk mengeluarkan pengguna dan peniaga daripada sistem berasaskan hutang dan riba

“Mungkin projek perintis telah dilakukan di Malaysia tetapi usaha memaksimumkan potensi dan asasnya akan dilakukan di Indonesia,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here