Ustaz Ebit Liew menangis lagi di Kedah

0
397

CYBERJAYA- Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Liew sekali lagi ke Baling, Kedah hari ini bagi membantu sebuah keluarga yang tinggal dalam serba kekurangan dalam kebun getah.

Menurut Ustaz Ebit, beliau ke Kedah selepas sahur hari ini selepas dua hari tidak dapat tidur lena mengenangkan nasib sepasang suami isteri dan empat orang anak mereka yang masih kecil.

“Menangis lagi di Baling, Kedah. Dah dua hari tidak tidur bila dapat berita tentang keluarga suami isteri dan empat orang anak masih kecil-kecil dah setahun tinggal disini.

“Selepas sahur terus ke sini. Jauh dari orang dan dalam kebun getah. Tak lepas kereta saya. Kena jalan kaki. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan dosa diri saya,” katanya dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Dalam status berkenaan, Ustaz Ebit turut kongsikan beberapa keping gambar ketika beliau tiba di pondok pasangan berkenaan dalam kebun getah.

Menurut Ustaz Ebit, beliau dimaklumkan ada ketua masyarakat hadir semalam dan berjanji akan memberi rumah dan tolong buat rumah selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Syukur Alhamdulillah. Terima kaseh Yang Berhormat dan masyarakat setempat yang banyak membantu mereka. Semua badan ada hantar makanan dan sekolah pun beri percuma pada mereka makanan disekolah.

“Bagi saya sehari mereka disini adalah dosa buat saya yang tidur lena. Makan sedap. Rumah saya besar dan kenderaan macam-macam. Anak kecil ini penuh nyamuk. Mereka anak yang baik,” katanya.

Selain itu katanya, anak-anak pasangan berkenaan sangat comel, baik, beradap serta cemerlang dalam pelajaran dan juga sukan.

“Saya ajak mereka pindah rumah, saya akan cari rumah sewa boleh duduk sampai bila-bila saya bayar. Jika ada kerajaan buatkan rumah boleh pindah sana. Sehari adik disini buat saya tak boleh tidur. Sedih sangat rasa. Rasa bersalah,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here