Ustaz Ebit Liew turut bantu masyarakat India

0
471

CYBERJAYA – Bukan sahaja umat Islam yang disantuni, malah mereka yang bukan beragama Islam turut mendapat perhatian pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Liew.

Ustaz Ebit dalam Facebook miliknya berkongsi coretan dan gambar ketika mengagihkan bantuan kepada masyarakat India di lokasi yang tidak dinyatakan.

“Sebak menangis tadi pergi bagi hadiah dan sedikit belanja kawasan saudara masyarakat India. Kita semua sebuah keluarga. Sayang pada mereka semua.

“Mereka semua sudah tiada pendapatan dan susah. Semua dalam keadan baik-baik, terharu dapat jumpa mereka. Ramai menangis masa dapat bantuan,” katanya.

Berkongsi lebih lanjut, Ustaz Ebit memaklumkan terdapat seorang Pakcik yang menumoang di sebuah bilik kecil di kawasan kilang bersama-sama isterinya.

“Dia lumpuh langsung tak boleh bergerak dan tiada kerja tak boleh bercakap. Patutnya bulan 12 tahun lepas dah tidak boleh duduk situ kawasan kilang lama.

“Habis covid (Covid-19) kena keluar rumah. Sedih tengok Pakcik dan Makcik tu. Pakcik tu menangis dan buat isyarat sahaja. Jadi sebak.

“Mereka tiada rumah nak tinggal. Saya cuba usahakan cari rumah untuknya. Doakan ya… Sedih rasa. Ramai orang susah-susah perlukan bantuan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ustaz Ebit memaklumkan beliau turut berjumpa dengan seorang sami ketika mengagihkan bantuan berkenaan.

“Saya gembira dapat jumpa seorang sami, baik orangnya. Panjang berbual tadi. Rasa mesra walau jumpa sekejap. Berkongsi rasa kasih sayang dan persaudaraan sebagai manusia,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here