[VIDEO] Agong cemar duli tinjau ibu kota

0
129

CYBERJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ria’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli meninjau ibu kota malam tadi dalam melihat keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Menerusi laman rasmi Instagram Istana Negara, Seri Paduka yang dilihat memakai penutup muka membuka tingkap kenderaan dan menunjukkan tanda bagus menandakan pelaksanaan PKP dituruti rakyat.

Dalam hantaran laman sosial itu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan sokongan atas usaha kerajaan meneruskan fasa tiga PKP dan berharap rakyat dapat terus memberi keutamaan kepada penjagaan kesihatan diri dan terus berada di rumah bagi membendung wabak Covid-19. 

Seri Paduka juga turut menzahirkan rasa puas hati apabila rakyat memberi kerjasama yang baik mematuhi PKP fasa tiga yang dilaksanakan kerajaan.

Baginda juga berdoa semoga penularan wabak ini berjaya ditangani dan diakhiri dengan segera.

Video berdurasi 18 saat itu mendapat 100,526 tontonan. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here