[VIDEO] Kisah Pakcik Abd. Rahman yang meruntun hati

0
277

CYBERJAYA – Setiap manusia diduga dengan pelbagai cara dalam menguji keimanan seseorang itu bertakwa kepadaNya.

Wabak Covid-19 boleh dikatakan medan menguji kesabaran dan keimanan seseorang untuk membantu insan yang kelaparan.

Begitu juga bagi seorang Pengasas Mahaad Tahfiz AsSalihin, Hafiz Din yang sayu melihat wajah-wajah warga emas menghadapi tempoh PKP ini.

Berikut catatan beliau yang dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya.

Tak tahu kenapa bila melihatt raut wajah mereka tiba-tiba hati jadi sebak bagai nak menitis air amat.

Allah….terlihat mereka teringat ke keramat hidup kami di rumah. Bantuan kali ini kami tumpukan kepada warga emas.

Jelas kelihatan kudrat mereka sudah lemah sehingga ada yang tak mampu mengurus diri sendiri. Senyuman manis yang diberi menyambut kami memberi rasa tenang di hati. Terdetik di hati bagaimanalah keadaan diri ini sewaktu diusia begini.

Tuan/Puan mungkin sekarang kita kuat, hebat dan bergaya namun jangan kita lupa semua daripada kita jika dipanjangkan usia pasti menempuhi usia tua.

Pasukan AsSalihin tersentuh hati ketika bertemu Pakcik Abd. Rahman semasa menyampaikan bantuan.

Jangan pernah lupakan mereka kerana tanpa mereka bersusah payah mencari rezeki dalam berpanas dan berhujan, maka tidaklah kita berada pada apa yang kita ada sekarang ini.

Alhamdulillah kami sangat gembira diberi ruang untuk menyantuni orang-orang tua kita.

Ada satu kisah berkenaan pakcik Abd. Rahman dalam video ini. Pasukan kami semua menangis bila mengamati kisah beliau.
Tuan/Puan kami tidak sehebat dan sekuat mana. Namun kami usahakan semampu yang boleh agar tiada insan kelaparan disaat ujian menimpa kita semua . Mohon semua doakan untuk kami.

Ya Allah terimalah amalan kami yang sedikit ini dan jauhkanlah dari kami sifat riak dan takabur.

Ya Allah Ya Rahman tiada apa yang kami harap selain keredaanMU dan Ya Allah jadikan juga amalan kami ini menjadi asbab Engkau mengangkat wabak Covid-19 ini dari bumi Malaysia yang kami semua cintai. Aaminn
Ucapan terima kasih juga kepada Puan Rozita Che Wan kerana bersama kami dalam membantu insan yang memerlukan.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya ke akaun Maybank 555 014 210 761 atas nama Maahad Tahfiz AsSalihin. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here