Virus Covid-19 dikesan pada permukaan badan mayat

0
171

CYBERJAYA- Institut Perubatan Forensik Negara telah menjalankan satu bedah siasat terhadap satu mayat kes Covid -19 yang didapati virus tersebut berada pada permukaan badan mayat itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham berkata, bedah siasat dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 Akta 342.

“Penemuan bedah siasat mendapati terdapat virus Covid-19 dikesan pada permukaan badan mayat melalui analisis Real-time Polymerase Chain Reaction (rt-PCR) yang dijalankan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

“Penemuan baharu ini adalah selaras dengan pandangan yang dikemukakan Kementerian Kesihatan sebelum ini,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, perkara itu juga dipersetujui Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 15 Mac lalu serta Majlis Perundingan Malaysia, Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, dan Tao (MCCBCHST) pada 16 Mac lalu.

Katanya, tatacara tersebut merangkumi pengurusan jenazah Islam di mana hanya dibenarkan untuk ditayamum di atas permukaan beg jenazah, manakala bagi mayat bukan Islam apa-apa upacara keagamaan dan tradisi hanya dibuat di atas permukaan beg mayat.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here