Virus pesakit Covid-19 ke-26 bermutasi, sebabkan virus lebih ganas

0
1180

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati pesakit ke-26 positif Covid-19 mengalami mutasi sehingga menyebabkan virus tersebut bertindak lebih ganas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, berikutan mutasi itu menjadikan virus tersebut bertindak lebih ganas sehingga merebak kepada 120 orang lain.

“Kes ke-26 kita kaji dan dapati terdapat satu mutasi dan sebab mutasi ini menjadikan virus itu lebih ganas merebak.

“Mutasi baharu ini lebih dahsyat dari segi jangkitan dan penularan pada individu terlibat,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 hari ini.

Berikutan itu, katanya, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menumpukan mengenai pengasingan virus dan mengkaji virus baharu sama ada berbeza atau tidak.

“Setakat ini kita sedang melihat kepada gelombang pertama dan peringkat awal gelombang kedua, kita dapati kes kita ialah ‘strain’ (varian) B iaitu sama dengan Wuhan manakala Amerika Syarikat ialah strain A dan Eropah strain C.

“Apa yang perlu kita laksanakan sekarang ialah untuk melakukan kajian gelombang kedua pesakit kita yang sudah disahkan dijangkiti,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here