Wanita warga emas Nigeria lahir bayi kembar

0
85
Adenuga yang berusia 68 tahun bersama suaminya selepas menimang cahaya mata kembar di Lagos, Nigeria.

LAGOS – Seorang wanita berusia 68 tahun selamat melahirkan pasangan bayi kembar selepas 46 tahun mendirikan rumah tangga dan menantikan cahaya mata.


Margaret Adenuga yang merupakan pesara juruaudit saham disahkan mengandung buat kali pertama selepas menjalani tiga rawatan keuburan invitro (IVF).

Suaminya Noah Adenuga, 77, berkata, mereka mendirikan rumah tangga pada 1974 dan tidak dikurniakan anak daripada perkhawinan itu sehingga menjalani IVF tahun lalu.


Walaupun usia perkahwinan pasangan itu sudah melebih empat dekad, mereka tidak pernah berputus asa untuk menimang cahaya mata sendiri.

“Bayi kembar kami selamat dilahirkan menerusi kaedah pembedahan pada usia 37 minggu pada Selasa lalu di Hospital Pengajaran Universiti Lagos, Nigeria,” katanya.


Dr. Adeyemi Okunowo, yang menyambut kelahiran bayi mereka berkata, sepasukan pakar dikerah untuk membantu dalam proses itu kerana hamil pada usia 40 tahun ke atas dikira terlalu berisiko.

“Sebagai seorang wanita berusia dan pertama kali bersalin, kita tahu proses ini berisiko tinggi ditambah pula dengan bayi kembar.


“Bagaimanapun semua berjalan dengan lancar tanpa banyak komplikasi teruk dan kita bersyukur bayi ini kini dalam keadaan baik,” kata Okunowo seperti dilaporkan BBC.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here