Warga emas, pesakit kronik digalak guna khidmat tambah ubat melalui pos

0
162

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Warga emas dan pesakit kronik yang diberikan rawatan ubat digalakkan menggunakan Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi yang telah sedia ada ditawarkan di fasiliti Kementeria Kesihatan (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia bagi memastikan bekalan ubat pesakit adalah mencukupi dan tidak terganggu, di samping mengurangkan keperluan warga emas serta pesakit kronik keluar rumah.

“Antara Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi yang ditawarkan adalah ubat melalui pos (UMP); farmasi pandu lalu ; Locker4U; dan Sistem Temujanji Farmasi (Telefon & Ambil, SMS & Ambil dan sebagainya).

“Bagaimanapun pesakit digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan pembekalan UMP dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Ini membolehkan ubat dihantar terus ke rumah pesakit tanpa perlu datang ke hospital atau klinik kesihatan bagi mengambil bekalan ubat susulan mereka,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Beliau turut memaklumkan sekiranya perkhidmatan nasihat diperlukan, warga emas serta orang ramai boleh menghubungi Virtual Health Advisory melalui portal KKM dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang setiap hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here