WHO ramal Malaysia terpaksa berperang mendepani wabak Covid-19 sehingga tahun depan.

0
910

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan Malaysia mungkin berperang mendepani wabak Covid-19 sehingga tahun depan.

“Masalah sekarang ini adalah bagaimana kita perlu merancang strategi sampai tahun depan, kita berjaya kurangkan kes tapi kita tidak dapat tamatkan kes.

“Jadi mungkin akan wujud kluster ataupun kes-kes terpencil yang melibatkan jumlah kes yang kecil,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, selain melaksanakan antibodi yang dicadangkan untuk komuniti, Kementerian Kesihatan (KKM) turut memantau dari segi pengawasan kes-kes penyakit seperti Influenza (ILI) dan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI).

“Kalau kes-kes ILI dan SARI bertambah, maksudnya virus itu masih ada dalam komuniti tapi setakat ini kita lihat kedua-dua kes tersebut semakin berkurangan.

“Bila berkurangan ia mungkin satu indikasi yang baik untuk kita merancang tindakan untuk masa depan.

“Daripada kes-kes yang telah dikaji, kita perlu lihat bagaimana kita dapat mengambil tindakan yang sewajarnya selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here