Yayasan Raja Zarith Sofiah sumbang 1,050 PPE

0
129

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) menyumbang 1,050 unit Peralatan Perlindungan Diri (PPE) untuk kegunaan empat hospital di negeri itu.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook The Royal Johor, sumbangan itu untuk kegunaan petugas barisan hadapan menangani Covid-19.

PPE berkenaan bernilai RM150,000 iaitu 400 unit diserah kepada Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) (250 unit), Hospital Permai (150 unit) manakala Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang menerima 250 unit.

Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ Hishamuddin Abdul Rahim berkata, dana bagi membiayai PPE itu adalah sebahagian daripada sumbangan RM1 juta yang diterima YRZSNJ minggu lalu daripada Yayasan Amal Ng Teng Fo berpangkalan di Singapura bagi membantu Malaysia membendung penularan Covid-19.

“Bantuan lain akan disalurkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan bagi membantu petugas barisan hadapan,” katanya.

Sebelum ini, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah, sebahagian besar sumbangan itu akan digunakan bagi mendapatkan keperluan perlindungan bagi petugas perubatan barisan hadapan dan mesin perubatan bagi hospital di seluruh Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here