“You kenal siapa i”? – golongan kayangan

0
565

CYBERJAYA – Seorang doktor perubatan hospital kerajaan berkongsi pengalaman terpaksa berhadapan dengan sikap ‘diva’ rakyat luar negara yang pulang ke tanah air berikutan penularan Covid-19.

Menurut Dr. Ahmad Samhan yang bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur menerusi Facebook, berdasarkan perkongsian oleh rakannya yang bertugas di barisan hadapan, terdapat juga dalam kalangan mereka bukn sahaja bersikap besar kepala malah cuba mengugut petugas kesihatan kerana enggan memberi kerjasama seperti diminta.

“ You (awak) jangan main-main dengan i(saya). You tak kenal siapa i”

“ Oh, you tinggi suara ya? Nama apa? Aku call (telefon) lawyer (peguam). Aku nak cakap dengan pengarah hospital sekarang!,” katanya selepas meminta salah seorang daripada orang kenamaan (VVIP) yang baru pulang ke Malaysia untuk menunggu giliran.

Lebih menjengkelkan, beliau berkata, apabila terdapat dalam kalangan mereka tidak mematuhi larangan supaya tidak merokok di kawasan hospital dan memarahi semula petugas kesihatan yang menegur tingkah laku tidak sopan itu.

“Suruh duduk dan tunggu giliran tak mahu. Mahu terus dilayan. Padahal ramai lagi orang lain yang datang lebih awal untuk disaring. Suruh jaga jarak, dia siap ajak member lain vaping sekali. Bukan tak tahu,kawasan hospital tak boleh hisap rokok.

“Bila dilarang, “Bukan hisap rokok,vape lah!”

Mereka memang kluster dari kayangan. Tak pernah hidup susah. Tak pernah jadi miskin. Itu yang mendongak ke langit. Lupa nak berpijak ke bumi,” tulisnya.

Dalam pada itu, Dr. Ahmad berkata, kumpulan tersebut juga ramai yang suka merungut dengan kemudahan disediakan berbanding dengan kumpulan tabligh yang lebih beradab dan sopan.

“Dah kata jangan keluar negara tapi semua penerbangan ke luar negara penuh. Bila pulang bawa virus. Sekarang kerajaan suruh buat saringan dan kuarantin di pusat kuarantin, banyak pula dia komplen. Tandas busuk lah, bilik takda aircond lah, makanan tak sedap lah.

“Susah nak beri kerjasama. Mereka ini tak perlu ramai. Ada dua, tiga orang yang perangai begini dah pening kepala. Rasa macam handle (jaga) 1,000 orang. Hina staf kesihatan macam takda maruah. Nak tunjuk dia ada kabel besar, boleh dapat layanan istimewa. Tolonglah!

“Nak saja beritahu covid, “ Weh, kau jangan masuk badan orang kayangan. Jangan masuk badan siapa-siapa pun. Kalau nak masuk juga, kami rela kau masuk kluster tabligh,” katanya.

Dr. Ahmad berkata, kumpulan daripada kluster tabligh paling mudah beri kerjasama walaupun jumlah mereka ramai.

Katanya, mereka sentiasa mendengr arahan, menjaga jarak, sabar menunggu giliran dan tidak merungut.

“Ada siap tanya khabar. Tanya doktor dah makan atau belum. Bila kita beri arahan, mereka ikut. Sebab mereka diajar untuk taat.

“Bila di kuarantin, ramai staf kesihatan terkesan melihat mereka. al-Quran jadi teman. Solat awal waktu. Tiap kali doktor buat rondaan, mereka doakan. Doktor yang letih pun jadi kuat.

“Ini luahan salah seorang sahabat saya sebagai frontliner (barisan hadapan) yang menguruskan kluster dari kayangan. Kami merawat tak kira bangsa,agama dan jantina. Semua sama. Cuma apa kami pinta beri kerjasama. Itu saja,” katanya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here