Zero Hunger salur bantuan ke lokasi PKPD

0
172

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Program Zero Hunger Malakat Mall dan Brainy Bunch hari ini meneruskan misi bantuan mengedarkan makanan ke lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) iaitu flat Selangor Mansion dan Malayan Mansion.

Pengarah F&B Malakat Mall, Aziz Juhari berkata, sebanyak 1,700 bungkus makanan telah diagihkan kepada penghuni dan petugas barisan hadapan dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan.

“Menu nasi ayam yang disediakan oleh team kulinari Malakat Mall dengan kekuatan seramai 15 orang yang diketuai oleh Cef Shahrul Nizam, Cef Zack dan Encik Ralph.

“Fasa ke tiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini lebih mencabar kerana banyak permintaan bantuan makanan daripada golongan B40.

“Jadi bagi mereka yang lebih berkemampuan teruskan menyumbang agar bantuan ini akan dapat terus kita laksanakan sehingga kita menang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here