Zon hijau dilindungi

0
88

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) telah membuat perancangan untuk melindungi zon hijau Covid-19, terutama di kawasan utara Semenanjung bagi mengelakkan kes baharu wabak itu.

Menurutnya, langkah yang akan diambil itu dalam tempoh kira-kira dua minggu lagi.

“Antara perancangan kawalan ialah melindungi zon berkenaan daripada kes jangkitan baharu membabitkan bukan saja negeri tetapi hingga ke peringkat daerah dan mukim.

“Zon itu itu perlu dilindungi dengan tindakan sewajarnya akan dilakukan dan kita akan maklum perancangan itu dalam tempoh seminggu dua ini,” katanya ada sidang akhbar harian hari ini.

Jelasnya lagi, pihaknya juga sedang melakukan tindakan perancangan selanjutnya di mana akan berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) melihat kawasan zon hijau berkenaan.

“Kawasan-kawasan zon hijau perlu dilindungi. Jadi kita akan sarankan tindakan yang sewajarnya untuk kawasan itu,” katanya. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here