1, 175 kenderaan ditahan cuba rentas negeri balik kampung

0
178

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Sebanyak 1,175 kenderaan yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung ditahan polis dalam sekatan jalan raya semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah kenderaan yang cuba melakukan rentas negeri meningkat walaupun aktiviti itu dilarang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

“Walaupun pelbagai nasihat dikeluarkan dan polis telah mengarahkan mereka untuk berpatah balik tapi nampaknya masih ramai yang cuba merentas negeri untuk balik kampung.

“Saya harap rakyat tidak perlu cuba rentas negeri untuk balik ke kampung kerana apabila di arah patah blk menyusahkan anda sendiri,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP hari ini.

Ismail Sabri berkata, semalam polis telah melakukan 178 sekatan jalan raya rentas negeri seluruh negara dan telah memeriksa sebanyak 156, 096 kenderaan.

Selain itu katanya, sebanyak 69, 797 pemeriksaan dan pamantauan telah dilakukan oleh pihak berkuasa.

“Semua pihak perlu patuhi SOP dan peraturan. Kegagalan mematuhi SOP menyebabkan individu- individu ditahan,” katanya.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here