1,243 kenderaan cuba rentas negeri gagal

0
210
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Selangor mencatatkan cubaan kenderaan yang merentas negeri sempena Hari Raya Aidilfitri semalam iaitu 685 diikuti Negeri Sembilan (133) dan Pahang (72).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenakan 162 Sekatan Jalan Raya (SJR) rentas sempadan negeri di seluruh negara dengan memeriksa 127,552 kenderaan.

Menurut beliau, sebanyak 1,243 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung telah diarah berpatah balik oberbanding 1,158 pada hari sebelumnya.

“Semalam sebanyak 214 kompaun dikeluarkan dalam SJR. PDRM juga telah mengeluarkan 14 kompaun terhadap mereka yang dikesan telah merentasi negeri dan berada di kampung halaman tanpa kebenaran.

“PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mencuba merentas negeri tanpa kebenaran, termasuk mengenakan kompaun,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, seramai 470 individu yang mana 87 individu telah direman dan 23 individu dijamin atas kesalahan melanggar SOP selain 383 individu dikenakan kompaun atas kesalahan melanggar SOP.

“Semua pihak diingatkan supaya mematuhi SOP dan peraturan yang telah ditetapkan. Kerjasama dan kawalan kendiri daripada anda semua amat penting dalam memerangi pandemik Covid-19 ini,” katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here