131 positif daripada kluster Pedas

0
206
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Sebanyak 131 individu disahkan positif Covid-19 selepas Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan saringan terhadap 768 kontak rapat bagi kluster Pedas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ketika ini pengesanan kontak rapat masih giat dilakukan dan kilang tersebut sudah ditutup.

“Kalau kita lihat untuk kluster Pedas khususnya di kawasan kilang berkenaan, ia sudah pun dikawal dan langkah pencegahan termasuk aktiviti nyah cemar masih dijalankan.

“Setakat ini, kita sudah pun melaksanakan pengesanan kontak rapat iaitu mengesan, menguji dan serta mengasingkan mereka yang positif.

“Seramai 131 kes positif direkodkan bagi kluster ini manakala mereka yang negatif kita kuarantinkan. Setakat ini 768 kontak rapat sudah pun dikenal pasti dan diuji,” katanya sidang akhbar, petang tadi. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here