241 pusat kuarantin dibuka

0
79

CYBERJAYA – Sebanyak 241 pusat kuarantin telah beroperasi berbanding 237 pusat sama pada hari sebelumnya yang mana 18,616 individu mejalani proses kuarantin wajib.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga semalam, seramai 720 rakyat Malaysia pulang ke tanah air dan telah dikuarantin wajib. 

“Seramai 27,538 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak 3 April lalu. Sejak 17 April lalu, 14,523 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Mengenai berita palsu pula, Ismail Sabri berkata, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) membuka  sebanyak 255 kertas siasatan berkaitan berita palsu Covid-19. 

“Daripada jumlah tersebut sebanyak 175 masih dalam siasatan, manakala 26 kes telah didakwa di mahkamah, 11 diberikan notis amaran dan 15 telah mengaku bersalah,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan turut mengingatkan orang ramai supaya  

tidak menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya dan semak kesahihan berita melalui portal Sebenarnya.my. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here