2,752 korban akibat Covid-19 di India

0
115

Oleh SITI AZIELAH WAHI

NEW DELHI- Seramai 103 kematian baharu Covid -19 di negara itu yang menyaksikan jumlah korban sebanyak 2,752 kes kata Kementerian Kesihatan India.

Menurut laporan Bernama yang memetik berita Xinhua, terdapat 3,970 kes positif dilaporkan sejak Jumaat, menjadilan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara itu sebanyak 85,940.

“Pada 8 pagi tadi (waktu tempatan), sebanyak 2,752 kematian dicatatkan di negara ini,” menurut kenyataan kementerian itu.

Setakat ini, seramai 30,153 pesakit dibenar discaj manakala kes aktif berjumlah 53,035.

Sabtu hari ke-53 sekatan pergerakan dikuat kuasa di seluruh India bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid -19.

Sekatan pergerakan yang diumum pada 25 Mac, dilanjutkan sekali lagi pada 1 Mei hingga esok.

Fasa keempat dijadual bermula pada Isnin, seperti diumum Perdana Menteri Narendra Modi 12 Mei lalu.

Peraturan baharu untuk fasa keempat sekatan pergerakan dijangka diumum pada hujung minggu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here