2,897 lagi pelajar IPT dihantar pulang

0
148
Gambar hiasan

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menghantar pulang 2,897 lagi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta ke kampung halaman masing-masing hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata lapan penerbangan dijadualkan untuk menghantar pulang 2,297 pelajar dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak serta penerbangan dari Sarawak ke Semenanjung.

Menurutnya, ia melibatkan satu penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).

“Terdapat dua penerbangan dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan dua penerbangan dari KKIA ke KIA dan tiga penerbangan dari KIA ke KLIA,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Katanya lagi, pergerakan pulang pelajar di zon timur ke kampung halaman di zon selatan dan juga pelajar di zon utara ke zon tengah akan bermula malam ini.

“Pergerakan ini akan membabitkan 600 pelajar,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here