3 pelajar Melayu cemerlang di Amerika Syarikat

0
1631
Tiga pelajar perempuan Melayu tajaan JPA mencipta sejarah apabila meraih Class Of 2020 Deparmental Award daripada Department of Microbiology and Molecular Genetics, College Of Natural Science

KUALA LUMPUR – Tiga pelajar Malaysia tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengharumkan nama negara apabila merangkul kejayaan apabila meraih Class Of 2020 Deparmental Award daripada Department of Microbiology and Molecular Genetics, College Of Natural Science

Agensi itu dalam kenyataan di sini berkata, ketiga-tiga pelajar yang menuntut pengajian Ijazah Sarjana Muda Microbiologi di Michigan State University, Amerika Syarikat ialah Nurul Izzati Mohamed, Nurul ‘Iffa Nazirah Taini Achim.

Kedua-dua pelajar itu masing-masing menerima Anugerah Dietrich C. Bauer Scholarship Award (High Honor Distinction), manakala Nuur Aqilah Izzati Othman pula Russel Duvall Endowed Scholarship Award (Research).

“Sebanyak lapan anugerah dipertandingkan dan tiga anugerah itu dibolot oleh pelajar-pelajar berkenaan.

“Penganugerahan ini adalah berdasarkan kepada kecemerlangan akademik sepanjang tempoh pengajian dan kualiti serta potensi kajian yang dijalankan,” menurut kenyataan itu seperti dipetik Bernama hari ini.

Nurl Aqilah Izzati, 23, adalah penerima tunggal Anugerah Russel Duvall Endowed Scholarship dan penganugerahan itu berdasarkan penilaian panel terhadap pembentangan kajian Wheat Allergy: Do Wheat Genotypes Differ in Allergenicity.

Pelajar yang berasal dari Batu Pahat, Johor itu juga menjalankan kajian bersama dengan pelajar peringkat Doktor Falsafah (PhD) untuk kajian bertajuk Transdermal Sensitization and Oral Elicitation of Anaphylaxis to Salt-Soluble Wheat Protein In An Adjuvant-Free Mouse Model of Wheat Allergy.

Menurut JPA, hebahan mengenai penganugerahan ketiga-tiga pelajar itu disiarkan dalam laman web rasmi Department of Microbiology and Molecular Genetics, College of Natural Science, Michigan State University.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here