334 rakyat Malaysia dari luar negara positif Covid-19

0
239

CYBERJAYA- Seramai 334 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara didapati positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah yang positif itu adalah hasil ujian saringan sejak 3 April hingga hari ini.

“Setakat ini, jumlah rakyat Malaysia pulang dari luar negara yang dikuarantin adalah seramai 30,050 orang.

“Seramai 16,524 daripadanya sudah tamat tempoh kuarantin 14 hari dan daripada jumlah itu 334 individu didapati positif Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here