36 kes baharu, tiada kematian

0
84

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 88 kes dilaporkan pulih sepenuhnya daripada wabak Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif kepada 5,439 kes.

Menurutnya, sehingga pukul 12 tengah hari tadi, berlaku pertambahan 36 kes baharu.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 28 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara.

“Pertambahan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 6,855 kes dan 1,304 kes masih aktif,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, tiada kematian dilaporkan hari ini dan jumlahnya kekal 112 kes.

Katanya, sehingga kini, seramai 14 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Daripada jumlah tersebut, lima kes
memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here