37, 476 pelajar IPT telah pulang

0
101

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Seramai 37,476 penuntut institut pengajian tinggi (IPT) dari seluruh negara selamat dihantar pulang ke kediaman keluarga masing-masing.

Menteri Kanan (keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, hari ini saja seramai 685 pelajar lagi dari Zon Selatan dijadual dihantar pulang ke kampung masing-masing di Zon Perak membabitkan 57 bas dan enam van.

“53 pelajar di Zon Sabah juga akan dihantar pulang ke kampung masing-masing di Zon Sabah membabitkan tiga bas dan satu van,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP hari ini.

Sementara itu Ismail Sabri memaklumkan, semalam seramai 6,517pelajar dihantar pulang melibatkan 1,018 pelajar di Zon Perak ke kampung halaman di Zon Selatan dan 1,549 pelajar di Zon Tengah ke Zon Utara.

“Seramai 1,818 pelajar di Zon Selatan telah dihantar pulang ke kampung halaman di Zon Timur serta 685 pelajar di Zon Tengah ke Zon Selatan,” katanya.

Selain itu beliau memaklumkan sebanyak lapan penerbangan telah dijadualkan untuk menghantar pulang 1,229 pelajar dari Semenanjung ke Sabah atau Sarawak dan dari kedua-dua negeri itu ke Semenanjung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here