500 keluarga terima sumbangan Beg Amal BMF Malaysia

0
175

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Lebih 500 keluarga kurang berkemampuan, petugas barisan hadapan dan pusat tahfiz telah menerima sumbangan daripada Beg Amal BMF Malaysia anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam Malaysia (Pembela).

Ketua Prasarana Kempen BMF Pembela, Mohd. Noor Izzat Johari berkata, sejak dilancarkan bermula PKP 1 berkuatkuasa, tabung itu berjaya menghimpun sejumlah RM29,000 hasil sumbangan orang ramai.
Sumbangan berbentuk barangan asas keperluan harian itu kesemuanya daripada produk buatan usahawan Muslim disalurkan menerusi tabung yang dilancarkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 dikeluarkan bagi memerangi Covid-19.

“Sumbangan ini kita sasarkan kepada keluarga yang memerlukan, pusat tahfiz dan rumah anak yatim serta sumbangan berupa makanan kepada petugas barisan hadapan yang berjuang memerangi wabak ini.

“Sumbangan berupa barangan asas keperluan harian seperti beras, minyak, gula dan tepung, kesemuanya adalah produk Muslim, selari dengan Kempen BMF Malaysia yang diperjuangkan, “katanya.

Beliau sebelum itu menyampaikan Beg Amal BMF Malaysia kepada 11 keluarga yang memerlukan sekitar Jerantut, Pahang di perkarangan Pejabat Kadi Daerah Jerantut.

“Terima kasih kepada Tuan Kadi Daerah Jerantut, Ustaz Sharifuddin kerana bersama membantu mengenal pasti keluarga-keluarga yang memerlukan,”katanya.

Sementara itu Mohd. Noor Izzat berkata, selain di Jerantut, pertubuhan itu juga menyampaikan bantuan sama di negeri lain seperti Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Sarawak.

“Minggu hadapan, sumbangan akan diberikan di Sabah, Melaka dan Kedah,” katanya.

Sehubungan itu katanya, orang ramai yang berhasrat untuk menyumbang boleh menyalurkan sumbangan menerusi tabung tersebut di akaun Bank Islam 06055010031067. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here