500 kenderaan cuba rentas negeri diarah berpatah balik

0
94

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebanyak 500 kenderaan telah diarah berpatah balik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana cuba melakukan pergerakan merentas sempadan negeri, semalam.

“Walaupun kita kata tidak boleh balik kampung untuk rentas negeri, tapi masih lagi berlaku. Semalam sahaja 500 kenderaan yang cuba merentas negeri dengan alasan mahu balik kampung telah diarahkan berpatah balik.

“Saya ingatkan sekatan jalan raya telah bermula dan tindakan akan diambil kepada mereka yang ingkar,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Justeru beliau berkata, kerajaan hari ini turut memutuskan bahawa tindakan kompaun boleh dimulakan oleh pihak polis kepada orang ramai yang ingkar.

“Sejak semalam PDRM masih lagi menggunakan budi bicara dan menasihat serta amaran.

“Jadi saya harap tidak perlulah sampai bayar kompaun, duit itu mungkin boleh digunakan untuk perkara lain,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here