6 kes baharu, Wuhan mahu lakukan ujian besar-besaran

0
106

CYBERJAYA – Media tempatan melaporkan pihak berkuasa Wuhan sedang dalam perancangan melakukan ujian Covid-19 terhadap 11 juta penduduk di bandar itu ekoran enam kes baharu dikesan di wilayah itu minggu lalu.

Rancangan saringan itu bagaimanapun masih di peringkat awal yang mana setiap daerah di wilayah tersebut diminta menyerahkan perincian untuk membolehkan ujian berkenaan dilakukan dalam masa 10 hari.

Bandar Wuhan yang merupakan pusat penyebaran pertama wabak Covid-19 sebelum ini disahkan oleh kerajaan China sebagai bebas virus berkenaan sejak 3 April lalu.

Penarikan (perintah berkurang) lockdown pada 8 April lalu menyaksikan sekolah dan perniagaan perlahan-lahan dibuka semula, syarikat dan pengangkutan awam beroperasi semula.

Laporan The Paper yang memetik dokumen dalaman yang diedar secara meluas, setiap daerah diminta untuk membuat rancangan sendiri berdasarkan populasi dan kewujudan kes aktif.

Dokumen yang dirujuk sebagai ‘pertempuran 10 hari’ itu juga mengesyorkan golongan warga tua dan penduduk di kawasan berkepadatan tinggi tampil membuat ujian.

Bagaimanapun pegawai kanan kesihatan yang dipetik oleh Global Times menyifatkan rancangan itu sukar dilaksanakan dan melibatkan kos yang terlalu besar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here