7.6 juta penerima terima bayaran BPN fasa dua

0
100

PUTRAJAYA – Seramai 7.6 juta penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sudah menerima bayaran  bantuan bagi fasa kedua melibatkan pembayaran berjumlah RM3.41 bilion setakat 17 Mei.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pembayaran tersebut adalah 93 peratus daripada peruntukan bagi fasa kedua bantuan itu.

Jelas beliau, Kementerian Kewangan komited untuk menyelesaikan baki pembayaran kepada penerima-penerima bantuan dalam kadar segera.

“Susulan perlanjutan tempoh rayuan minggu lalu, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) sedang giat memproses rayuan yang sedang diterima dan memberi pertimbangan wajar.”Pemohon diingatkan supaya mengemukakan rayuan dengan kadar segera sebelum tarikh tutup rayuan yang telah dipanjangkan sehingga 31 Mei ini,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi perkongsian laporan keenam pencapaian pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang disiarkan secara langsung di akaun Facebook rasminya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here