70,538 dapat kebenaran rentas negeri

0
131

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA-Sebanyak 70,538 mendapat kebenaran melakukan perjalanan rentas negeri hari ini dari Perak, Johor dan Kelantan untuk pulang kekediaman masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, laporan daripada pihak polis menunjukkan, pergerakan rentas negeri yang bermula semalam berjalan lancar.

Menurutnya, ramai pengguna jalan raya bertolak pada awal pagi selepas bersahur.

“Dikawasan rehat dan rawat (R&R), situasi adalah
terkawal dan kadar pematuhan orang ramai kepada
arahan polis semasa perjalanan rentas negeri adalah memuaskan,” katanya.

Sementara itu Ismail Sabri berkata esok, sebanyak 54,151 kebenaran telah dikeluarkan bagi pergerakan rentas negeri melibatkan mereka
yang berada di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang.

“Bagi mereka yang berada di Selangor, Negeri Sembilan
dan Terengganu, sebanyak 77,836 kebenaran telah dikeluarkan untuk pergerakan rentas negeri pada Ahad ini.

” Selepas hari tersebut pergerakan rentas negeri hanya
dibenarkan untuk kecemasan seperti perubatan atau kematian ahli keluarga terdekat.

“Individu yang memerlukan kebenaran pergerakan ini boleh memohon di balai polis berhampiran,” jelasnya.

Selain itu menurut Ismail Sabri, pergerakan rentas negeri masih dibenarkan untuk perjalanan ke tempat kerja.

Ismail Sabri berkata, PDRM telah memberi 26,181 kebenaran
melalui aplikasi Gerak Malaysia dan 6,304 kebenaran
melalui borang manual polis bagi mereka yang terkandas di Kuala Lumpur untuk pulang kekediaman mereka di negeri-negeri lain.

“Kebenaran rentas negeri ini adalah untuk empat hari sahaja dan bermula hari ini hanya perjalanan sehala sahaja dibenarkan,” tegasnya.

Pada masa sama katanya polis telah membuka 98 sekatan jalan raya untuk memantau pergerakan rentas negeri.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here