74 peratus responden pilih untuk tutup pintu kepada orang luar ketika hari raya

0
175

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Sebanyak 74 peratus daripada 215, 712 individu yang melakukan kaji selidik oleh Majlis Keselamatan Negara menyatakan akan menutup pintu rumah kepada orang luar daripada menziarahi mereka ketika sambutan Aidilfitri kali ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan satu kaji selidik yang dijalankan oleh MKN berkaitan bagaimana orang ramai ingin menyambut hari raya tahun ini, sebilangan besar respoden memilih jawapan A iaitu hanya menyambut Aidilfitri bersama ahli keluarga dalam rumah mereka.

“Sebanyak 20 peratus daripada responden memilih jawapan B iaitu hanya meraikan Aidilfitri bersama ahli keluarga terdekat manakala enam peratus pula memilih jawapan C iaitu membenarkan jiran-jiran datang ke rumah menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama,”katanya.

Ismail Sabri berkata jawapan orang ramai berdasarkan kaji selidik tersebut membuat beliau tidak begitu bimbang penularan wabak Covid-19 yang semakin bertambah pada sambutan Hari Raya Aidilfitri.

” Itulah sebenarnya harapan kerajaan walaupun kita buka seramai 20 orang untuk datang ke rumah berhari raya.

Kalau semua buat bagitu, Alhamdulillah tidak timbul kebimbangan kita berlaku pertambahan positif Covid-19 sempena hari raya ini,” katanya.

Ismail Sabri turut berharap trend itu akan turut diikuti oleh individu lain untuk sama-sama memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19.

” InsyaAllah kita boleh putuskan rantaian Covid-19 kerana ramai takut kluster baharu muncul iaitu kluster balik kampung,” katanya.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here