Adakan PRU-15 jalan terbaik selesai kemelut politik negara?

0
1115

APA Khabar Orang Kita… Sehari dua ini, suhu politik Malaysia nampaknya kembali hangat walaupun negara masih lagi dalam usaha menangani penularan Covid-19.

Nampaknya, ‘mereka’ lebih mementingkan kuasa dan kedudukan berbanding kesejahteraan dan keamanan negara daripada sebarang wabak bencana terutamanya Covid-19.

Apa yang ‘mereka’ mahu hanyalah kuasa dan kedudukan terjamin dalam pentadbiran. Yang lain termasuk rakyat mungkin hanya berada di kedudukan belakang sekali.

Sebenarnya, rakyat juga mungkin muak dengan suasana politik negara ketika ini yang sepatutnya berakhir dengan baik hasil kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong.

Suhu politik negara kembali membibitkan masalah apabila ada usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelang persidangan Parlimen.

Walaupun ditolak, usul bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu secara tidak langsung membuka kembali persoalan sama ada kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempunyai angka mencukupi untuk kekal mentadbir negara.

Tidak cukup dengan itu, isu lain pula muncul mengenai kedudukan kerusi kerajaan dan blog pembangkang di Parlimen yang menampakkan sedikit keraguan mengenai jumlah sokongan.

Semalam, kerajaan pimpinan Muhyiddin pula dikejutkan dengan spekulasi bahawa PH sudah mempunyai jumlah angka sokongan ahli Parlimen yang kukuh untuk membentuk kerajaan baharu.

Dengan ‘kalkulatur’ apa yang digunakan, ada dakwaan bahawa PH mempunyai sokongan 129 Ahli Parlimen, ia sekaligus menganggu gugat kerajaan yang sedia ada ketika ini.

Ada juga yang mendakwa sokongan terhadap PH itu datang dari Gabungan Parti Sarawak (GPS). Namun, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pantas menepis dakwaan berkenaan.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi GPS itu, dakwaan berkenaan adalah datang daripada senarai lama yang mungkin dibuat pada Februari lalu ketika GPS menyatakan sokongan kepada Dr. Mahathir.

Macam-macam ‘version’ kan? dan sekarang pula berlaku kemelut dalam parti Bersatu, ibarat Dr. Mahathir ‘vs’ Muhyiddin dan pemenang bakal menerajui parti berkenaan.

Semalam dinyatakan keahlian Dr. Mahathir tergugur selepas melanggar etika parti dan hari ini bekas Perdana Menteri itu mendakwa masih selaku Pengerusi Bersatu yang sah.

Saya pecat awak…awak pecat saya, rakyat pun pening dalam kemelut yang berlaku dan rata-rata percaya mungkin ada agenda tertentu yang dimainkan sekarang ini.

Tinjaun di laman sosial ada warga maya yang mencadangkan agar Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum dan mandat rakyat untuk memilih.

Namun, perlu diingat bahawa kita ketika ini berdepan dengan pandemik Covid-19. Segala bentuk tindakan perlu difikirkan dengan sebaik mungkin dan rakyat perlu diutamakan.

Jika difikirkan kembali, barisan kerajaan sedia ada ketika ini ada yang terbaik sekarang selain turut mengutamakan kebajikan rakyat namun, terpulang kepada semua.- MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here