Aidilfitri: Jangan salam, cium pipi

0
175
Bersalaman dan berpeluk dilarang ketika menziarahi ketika sambutan hari raya bagi mengelakkan jangkitan Covid-19

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan pengumuman untuk membenarkan aktiviti ziarah-menziarahi pada Hari Raya Aidilfitri ini dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa hanya melibatkan ahli keluarga.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah tersebut bukan melibatkan pelawat luar yang berkunjung ketika sambutan hari raya.

“Yang kita sebut ini ialah ahli keluarga bukan pelawat, kita tidak menggalakkan pelawat datang.

“Kita mahu lindungi warga emas, ayah, ibu nenek dan datuk. Ini kerana kes kematian Covid-19 setakat ini banyak melibatkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas iaitu lebih 50 peratus manakala mereka yang ada penyakit tidak berjangkit (NCD) jumlah kematian adalah 85 peratus,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 hari ini.

Semalam, pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghadkan aktiviti ziarah semasa sambutan hari raya kepada 20 orang telah mencetuskan kebimbangan banyak pihak.

Ini kerana jumlah tersebut terlalu ramai dan akan memberikan masalah terhadap tuan rumah yang tinggal di rumah sempit dan sederhana luas.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai yang datang menziarah tiada bersalaman dan bercium bagi mengelakkan jangkitan Covid-19.

Sehubungan itu, Dr. Noor Hisham menasihatkan supaya semua mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh KKM seperti penjarakan sosial, membasuh tangan dan memakai penutup hidung.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here