Aidilfitri: Keputusan dibuat kerajaan berpandukan maqasid shariah

0
156
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA – Perdana Menteri berkata, keputusan kerajaan menetapkan garis panduan hari perayaan adalah bersandarkan kepada prinsip maqasid shariah iaitu bagi memelihara nyawa. 

Perdana Menteri berkata, ini penting bagi mengelakkan daripada dijangkiti  Covid-19 dan menyelamatkan nyawa sendiri dan orang di sekeliling.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya tuan rumah yang menerima kehadiran tetamu supaya dapat mengikut garis panduan ditetapkan.

“Bagi tuan rumah yang menerima tetamu, bersihkan rumah anda dengan segera.

“Elakkan juga menziarahi pusara. Ini kerana kawasan perkuburan biasanya 

menjadi antara tempat tumpuan di hari perayaan. Kita nak hindari saudara-saudari daripada berhimpun di satu-satu tempat yang boleh mendedahkan diri kepada penularan wabak Covid-19,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri sempena Hari Raya Aidilfitri hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, semua garis panduan itu penting supaya semua dapat menyambut Aidilfitri dan pada masa yang sama mengelakkan risiko penularan wabak Covid-19 selepas cuti perayaan. 

“Saya perlu sebutkan perkara ini kerana di beberapa buah negara lain, wabak Covid-19 menular selepas musim perayaan. 

“Kita nak elakkan perkara seperti ini berlaku di negara kita. Nau’zubillah. 

“Jadi, biarlah kita ambil langkah yang lebih berhati-hati supaya kita selamat di kemudian hari. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here