AirAsia perlu akur warga asing tetap tidak dibenar masuk Malaysia

0
98

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Kerajaan masih mengekalkan dasar dengan tidak membenarkan warga asing memasuki Malaysia termasuk melalui laluan udara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkhidmatan penerbangan termasuk AirAsia hanya dibenarkan membawa masuk warganegara Malaysia.

Menurutnya, pihaknya  masih dengan dasar warga asing tidak dibenarkan masuk ke negara.

“Saya baru bercakap dengan AirAsia dan mereka kata tidak ada.

“Saya maklumkan kepada mereka, jika tidak ada, Alhamdulillah. Kalau ada, kita tidak benarkan bukan warganegara masuk.”
katanya dalam sidang akhbar harian, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai adakah kerajaan sudah membuka pintu sempadan dan memberi kebenaran kepada pesawat AirAsia Indonesia yang akan memulakan operasi pada 18 Mei ini untuk membawa penumpang ke Malaysia, Ismail Sabri berkata, yang mereka boleh bawa masuk hanya warganegara Malaysia.

“Kalau masuk, mereka akan diarah menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.

“AirAsia perlu akur dengan arahan kerajaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here