Akhirnya keluarga daif dapat rumah dan motor baharu-Ustaz Ebit Liew

0
424

TUMPAT- Akhirnya keluarga daif yang menghuni pondok berdekatan tapak perkuburan boleh menarif nafas lega apabila nasib mereka terbela hasil pertolongan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Liew.

Ustaz Ebit Liew dalam status terkini di laman sosial facebook miliknya memaklumkan beliau berjaya mencari rumah untuk keluarga berkenaan berteduh dengan kadar sewa RM450 sebulan.

“Syukur di Tumpat, Kelantan setelah lima tahun duduk di pondok dekat kubur. Ujian mereka. Terima kasih tuan tanah bantu selama ini. Syukur dalam masa tiga jam dapat sewa rumah baru RM450 sebulan.

“Saya akan bayar bil elektrik dan lain-lain selagi hayat InsyaAllah. Rumah ada tiga bilik cantik. Saya belikan keluarga ini sebuah Motor Modenas baru RM3,300 kerana susah mereka nak bergerak.

“Tadi ajar guna peti ais dan mesin basuh. Belikan semua barang keperluan asas rumah. Katil ‘double’ dua dan katil ‘single’ dua. Menangis keluarga ini masa dapat rumah dan waktu tengok motor baru.

“Senyum dan menangis bersama ya Allah. Terima kasih ya Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Ebit Liew turut mengucapkan kasih kepada semua wakil kerajaan negeri dan penghulu yang hadir.

“JKM beri RM200 sebulan. Dan ada orang kampung bagi bantuan makanan dan lain-lain. Terima kasih NGO tempatan disini yang bantu saya tunjuk jalan dan kongsikan masalah di sini.

“Seronok tengok senyuman orang lain. Bahagia sentiasa,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here