AKTA 342 masih berkuasa pada PKPB

0
90

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa
Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 masih lagi berkuasa pada perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini.

“Ramai yang keliru seolah-olah Akta 342 tidak lagi berkuatkuasa sedangkan perlaksanaan PKPB sama seperti PKP sebelum ini.

“Jadi akta ini terus berkuatkuasa dan hukuman di bawah akta ini juga tetap sama iaitu hukuman kepada pengingkaran kepada PKP ini adalah kompaun tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau ke dua-duanya sekali.

“Bagi pemilik premis yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang yang sama di bawah Akta 342 malah perniagaan mereka boleh ditutup,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata di bawah PKPB fokus penguatkuasaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pihak berkuasa lain adalah lebih kepada penguatkuasa terhadap pematuhan SOP.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here